Selamat Kembali Sahabat


Suasana Kampus USIM nilai kembali ceria pabila sebilangan besar mahasiswa/i telah kembali ke kuliah masing-masing. Walaupum ada lagi sahabat-sahabat yang masih berada di kampung, namun perjalanan kuliah dihari pertama ini cukup meriah.

Tidak sekadar di kampus, di pusat membeli belah tidak kurang hebatnya. Rata-rata pelajar mengunakan kesempatan jualan murah hujung tahun untuk membeli beberapa kelengkapan penting yang akan digunakan sepanjang semesta baru ini. Tambahan pula, PTPTN dan JPA telah masuk lebih awal, maka tiada tempat yang meriah menjadi tumpuan sahabat-sahabat kecuali Giant Nilai dan Nilai 3.


Semesta baru telah bermula diiringi dengan Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi. Tetapkan azam yang kuat untuk merubah hidup anda.


Kepada mereka yang telah praktikal, kutip sebanyak munkin pengalaman yang ada. Namun kepada yang masih belajar, teruskan usaha anda. Maju kehadapan, jangan sesekali pandang ke belakang. Akhir kata, selamat berjuang sahabatku.

Advertisements

Berkampung di Kg. Tengah

Sedih dan pilu mula terasa pabila bas universiti mula bergerak meninggalkan Kampung Tengah Gemenceh Tampin Negeri Sembilan. Lama kelamaan kelibat penduduk kampung serta ibu dan ayah angkat kami mula tidak kelihatan. Azam kami untuk kembali membela nasib penduduk kampung ini terus menebal. Beberapa perancangan terus diatur dengan teliti sebaik sahaja bas terus meluncur laju menerusi lebuhraya Seremban-KL.

Program integrasi desa, daya dan siswa atau dikenali dengan iDEAS’09 merupakan program kemasyarakatan yang di jenamakan dari program Bakti Siswa Daya Wawasan yang banyak kali diatur dan dianjurkan oleh pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia. Program ini tidak terhenti setakat disini, malah beberapa program susulan telah pun diatur oleh pihak pelajar dan pentadbiran Universiti.

22-26 Disember 2009

Masa yang berlalu begitu pantas, setiap jam berlalu ibarat air yang mengalir tanpa henti. Hari berganti hari. Hati-hati yang pada mulanya malu-malu untuk mengenali akhirnya terpaut erat hari demi hari. Rasa kasih dan sayang antara anak dan ibu angkat mula kelihatan. Tidak lupa kepada bapa angkat yang cukup sibuk menyediakan segala kemudahan untuk memberi keselesan kepada anak-anak angkat mereka ini.


5 hari yang diperuntukkan tidak disia-siakan begitu sahaja. Setiap jam adalah begitu bermakna buat kami. Gelak tawa mula kedengaran dicelah-celah dinding rumah rakyat di kg.Tengah ini. Suasana semakin meriah dengan beberapa program yang berjaya dilaksanakan. Antaranya, gotong-royong menyiapkan kelengkapan untuk kenduri sekampung, sukaneka, malam kebudayaan, motivasi pelajar, ceramah keibubapaan dan banyak lagi.

Kaji Selidik bermula…

Matahari terus memancar cahaya hangatnya tatkala peserta-peserta terus dengan tugasan utama mereka. Pelbagai jenis karenah masyarakat dapat dikenali. Kesedaran mula kelihatan di wajah setiap peserta. Banyak perkara perlu diperbetulkan bagi mencapai target kampung contoh 2011. Langkah demi langkah mula digerakkan oleh beberapa tenaga muda bagi mencapai target tersebut. Cadangan-cadangan hebat mula diperbualkan. Sungguh hebat…Senyuman ketua Kg mula kelihatan penuh berseri tatkala, anak-anak angkat mereka ini berjaya merialisasikan tujuan mereka ke kampung tersebut.

Berbekalkan semangat yang dihemburkan oleh setiap pegawai yang ada, perjalanan program diteruskan dengan jayanya. Kejayaan demi kejayaan berjaya digarap. Rasa bangga pengarah kepada AJK yang terlibat tak dapat diluahkan lagi. Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan

Perancangan Tahun Hadapan
1. Februari 2010 : Program sehari pembangunan semula Perpustakaan Desa Kg.Tengah
2. Februari 2010 : Percubaan pertama memasarkan Telur Masin Asli Kg. Tengah
3. Mac 2010 : Kem Kepimpinan Belia 4B Kg. Tengah
4. Mac 2010 : Kem Motivasi pelajar Tahun 4,5,6 dan Tingkatan 3,4,5,6

Petikan Perutusan Maal Hijrah Naib Canselor USIM

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita dan dipanjangkan usia untuk menyambut 1 Muharram 1431H dengan tema “Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah” pada kali ini.

Hijrah membawa pengertian yang amat besar dan luas. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah (Hadis riwayat Abu Dawud). Hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Hari ini kita menggunakan perkataan transformasi yang boleh menggarap konotasi sinonim dengan maksud hijrah.

Mengambil pendekatan hijrah dan transformasi ke arah yang lebih baik, pada April 2009, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan untuk mentransformasi kerajaan dan meningkatkan kualiti hidup semua rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya. Ini akan dihasilkan dengan penggunaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang sedang dilaksanakan di semua Kementerian termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Untuk terus fokus kepada sistem KPI, enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dikenalpasti untuk memandu pengurusan dan pelaksanaan transformasi Kerajaan secara keseluruhan serta mencapai kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara seterusnya Wawasan 2020.

Hijrah dalam konteks Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti yang kita sayangi ini, memberi pengertian transformasi anjakan minda. Untuk merealisasi anjakan minda, lonjakan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru perlu digarap sepenuhnya.

Menyingkap kembali kepentingan penciptaan kalendar Hijrah, ianya merupakan suatu inovasi pembangunan tamadun ummah yang tinggi sebenarnya. Pembangunan yang direncanakan dalam Islam bukan sahaja holistik malah ianya tepat dari aspek fizikal dan spiritual, kebendaan dan kerohanian. Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumbernya. Umat Islam wajib menyedarinya dan perlu lebih fokus kepada setiap keadaan dan suasana.

Sebagai contoh, setiap kali tiba 1 Muharram, kita akan dikhabarkan peristiwa Rasulullah bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar diselamatkan oleh labah-labah. Tetapi, apakah pengajaran di sebalik peranan labah-labah tersebut? Pernahkah kita menganjak berfikir apa istimewanya makhluk ini? Apakah hanya semata-mata sebagai ikon sambutan Maal Hijrah? Dikala masyarakat Islam masih lagi saban tahun bercerita tentang kisah labah-labah sebagai penyelamat, para saintis Barat telah membuat kajian terperinci tentang labah-labah. Hasil kajian dan dapatan yang mereka perolehi ialah air liur labah-labah merupakan suatu elemen yang sangat kuat dalam melindungi sesuatu benda. Apabila dibuat perbandingan didapati bahawa baju daripada air liur labah-labah didapati lebih kuat daripada baju yang dibuat daripada besi keluli. Ini kerana baju yang dibuat daripada air liur labah-labah adalah kalis peluru berbanding besi keluli. Jadi, apakah perbezaan antara cara berfikir masyarakat kita dengan orang di Barat?

Ringkasnya, masa depan kita adalah cermin diri kita, jadi kita berhak menentukannya. Kini sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi diri ke tahap yang lebih tinggi sehingga mencapai suatu keberhasilan yang lebih memberangsangkan. Saya menyeru untuk sama-sama menyahut agar seluruh warga USIM terus bertekad membuat lonjakan perdana dan anjakan minda dalam konteks kecemerlangan pengurusan, pengukuhan budaya intelektual dan ilmu serta penambahbaikan berterusan terhadap kualiti sedia ada.

Sempena sambutan Maal Hijrah 1431H ini, marilah kita berazam sebagai warga USIM, menanam tekad dan mengumpul semangat untuk kita berhijrah minda dan budaya.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia.

USIM BERTEKAD GEMILANG.

Salam Hijrah dan Salam Transformasi Minda.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Yang benar,

PROFESOR DATO’ DR. MUHAMAD MUDA
Naib Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia

Bahasa Mandarin


Seketika kunjungan aku ke laman blog yang terkenal seperti Faizal tehrani, tertarik aku akan penulisannya yang menghuraikan saranan PM tentang penguasaan Bahasa Mandarin dikalangan Bangsa Melayu. Amat Menarik sekali pandanganya. Saranan itu juga tentulah banyak mengusik jiwa ku dan rakan-rakan yang telah pum menghabiskan 3 semesta untuk mempelajari bahasa mandarin ini. Satu bahasa yang sangat unik.

Terasa beruntungnya diriku tatkala saranan PM kini menjadi buah mulut setiap orang dan mula dipertingkatkan kepentingannya. Tidak kurang di Universiti malah di sesetengah pejabat kerajaan juga telah diadakan club bahasa mandarin ini. Sebagi contoh Yayasan Islam Kelantan mempunyai satu club mandarin disana. Ini menunjukan sedikit sebanyak, rakyat dan masyarakat di Malaysia mengerti bahawa penguasaan bahasa ini perlu dalam kehidupan arus permodenan ini.

Dalam konteks pemerkasaan bahasa ini, tidak kira bahasa mandarin, arab atau lain-lain, semangat untuk belajar dan praktical secara dasarnya perlu bagi mendapatkan kesannya yang mnyeluruh. Di sesetengah universiti, mahasiswa/i mula mengorak langkah untuk mempelajari bahasa-bahasa yang mula menjadi penting di dunia ini. sekiranya rakyat china di china dapat menguasai bahasa melayu dengan baik, kenapa tidak kita. Kita mempunyai masyarakat china yang ramai di Malaysia. Satu bentuk sumber yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran ini.

Bagi mereka yang telah berjaya menguasai bahasa mandarin dan bahasa-bahasa lain, gunakan bahasa ini untuk perkembangan ilmu pada masa akan datang.

Blog oh Blog…

Keadaan suasana pagi rabu yang segar dan nyaman ini sungguh indah. Hebat ciptaan Allah Taala. Aku masih di bumi Allah. Masih lagi dapat menghirup udara segar di kawasan Nilai ini selepas kembalinya aku dari kampung halaman 2 hari yang lalu. Masih lagi bernyawa. Alhamdullilah.

Seketika kemudian, aku meneliti video ceramah yang banyak terdapat dalam laptopku. Aku klik pada kuliah jumaat dan terus media playerku memulakan tayangan video tersebut. Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh Tok Guru pada 2 bulan yang lepas.

Dalam masa yang sama terlintas di fikiranku, Blog rakan-rakan sekelasku…

Macam mana agaknya? desik hati kecilku…

Aku mula membuka satu persatu laman blog yang masih segar dalam ingatanku alamatnya.

“Alhamdulillah”…hidup lagi blog rakan-rakan ku ini..

Blog merupakan salah satu assignment yan mesti diselesaikan sebelum tamat sesi pembelajaran semesta lepas. Bukan semua blog yang selalu di Update, tapi point nya disini kesungguhan mereka ini untuk mencoret sesuatu dalam laman dakwah siber ini menyebabkan aku merasa amat bangga dengan mereka semua.

Tergelak hati kecilku membaca nukilan rakan-rakan ku ini…Lada oh lada, kisah dari bumi ibrid, dan banyak lagi termasuklah fakta-fakta penting yang di post kan untuk dikongsi bersama.

Tahniah buat rakan-rakan ku sekalian…Istiqamahlah dengan penulisan ilmiah ini

مع التوفيق والنجاح

Masih segar dalam ingatan


Apabila membaca rentetan perjalanan kami ke Beijing di laman blog YDP MPP saudara Alif, tiba-tiba tanganku gatal untuk turut bercerita sedikit sebanyak perkara yang tidak dapatku lupakan semasa berada di Beijing selama seminggu itu.

Sesampainya aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, tiba-tiba aku disekat oleh pengawal airport disana. agak terkejut juga pada masa itu, aku terus dibawa ke suatu sudut di kawasan itu. Rupa-rupanya suhu badan aku agak panas disebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Nasib masih menyebelahiku kerana tidak dikuarantin ketika itu.

Perjalanan diteruskan.

Selepas seketika, banyak perkara-perkara yang mencuit hatiku dan rakan-rakan ketika berada disana. Antaranya, tandas. Tidak banyak yang berbeza disana. Cuma air didalamnya ditukarkan dengan gulungan tisu-tisu putih sahaja. Kesejukan mulai terasa, bahang kepanasan di Malaysia terus hilang dibawa angin sejuk tanah besar China.

Perjalanan Diteruskan…

Bermulanya lawatan rasmi kami di BFSU, BLCU dan Kedutaan Besar Malaysia disana. Kagum kami bagaimana orang china di negara china fasih berbahasa melayu. Bermulanya perkenalan diantara kami. Oleh kerana aku dan beberapa rakanku yang lain dapat berbahasa mandarin, suasana sedikit berubah dan sedikit sebanyak menyerikan keadan disana.

Kamera Digital Masing-masing ditangan…

Sesi bergambar telah lama bermula, jika dibolehkan setiap inci tempat di beijing ingin diabadikan. gelagatku dan rakan-rakan menceriakan keadaan. Gaya-gaya artis, lompatan dan sebagainya banyak meningalkan kenangan kepada kami. Melalui ini jugalah, persahabatan kami semakin terjalin dengan eratnya.

Hari demi hari berlalu begitu pantas

Lawatan ke tempat-tempat bersejarah bermula. Kisah Maharaja kaisar sering bermain-main di minda kami. Tidak lupa juga perkataan “nyanyi” yang amat bermakna buat kami. Aming sebagai orang penting kami di Beijing banyak bercerita keadaan sejarah disana. Puncak Tembok Besar China sudah kami daki, luncuran sajli di lapangan ski sudah kami rasai. Forbiden City yang terhampar luas telah diterokai. Maka tibalah masanya untuk Duit YUAN digunakan untuk membeli belah sebagai kenangan kami dari sana. Bermacam-macam karenah penjual kami dapat lihat. Jika tidak pandai tawar, maka habislah wang kami ditipu mereka.

Masa terus pantas berlalu…

Jam menunjukkan 4 pagi, keadaan diluar yang amat menyejukan. Kami bangkit disaat mereka yang lain sedang seronok diulit mimpi, inilah hari terakhir kami, flight kami dijangka berlepas pada jam 8.55 pagi. Kami menyusun langkah demi langkah meninggalkan bumi beijing ini. Sahabat baru kami, kami terpaksa ditinggalkan. Amat seronok berkenalan dengan Aming ini.

Disaat berada 38000 kaki dari aras laut, kenangan demi kenangan seminggu di Beijing berlegar-legar segar di minda kami. I’Allah jika dipanjangkan umur, akanku kunjungi buat kedua kalinya…

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Saya tertarik dengan sebuah buku yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang bertajuk PERKARA HARAM YANG DIANGGAP BIASA. Disini saya ingin mengambil satu contoh yang berkaitan dan selalu dilakukan dikalangan kita masyarakat Islam.

Memasuki masjid selepas memakan bawang merah, bawang putih atau sesuatu yang berbau kurang menyenangkan. Dalam konteks tajuk ini, disertakan beberapa dalil dari Al-Quran dan Sunnah.
Antaranya ialah:
Firman Allah dalam surah Al-A’raf yang bermaksud “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid…”
Dari Jabir Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya “Barangsiapa makan bawangputih atau merah hendaklah ia menjauhi kami. Atau beliau bersabda, hendaklah ia menjauhi masjid kami dan diam dirumahnya”.

Dalam riwayat Muslim juga disebutkan
“ Barangsiapa makan bawang merah, bawang putih dan bawang besar, maka janganlah mendekati masjid kami. Sesungguhnya malaikat merasa sesuatu yang anak Adam terganggu dengannya”

Suatu ketika, Umar bin Khattab Radhiallahu Anhu berkhutbah Jumaat, dalam khutbahnya ia berkata
“…kemudian kalian wahai manusia, memakan dua pohon yang aku tidak memandangnya kecuali dua hal yang buruk(bawang), yakni bawang merah dan bawang putih. Sungguh aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila mendapatkan bau keduanya dari seseorang dalam masjid, beliau memerintah orang tersebut keluar kepadang yang luas. Kerana itu, barangsiapa memakannya hendaklah mematikan (bau) keduanya dengan memasaknya”

Termasuk dalam hal ini adalah bagi mereka yang selepas bekerja terus masuk ke masjid, dalam konteks ini, bau stoking, pakaian, bau badan mereka menyebarkan bau yang kurang menyenangkan. Lebih buruk dari itu adalah orang-orang yang membiasakan diri merokok yang hukumnyaadalah haram. Kemudian mereka masuk masjid dan menyebarkan bau yang menggangu hamba-hamba Allah, para malaikat dan mereka yang sedang solat.

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    September 2017
    M T W T F S S
    « Mar    
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,446 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)