Pemberitahuan

Blog ini dengan rasminya telah berpindah ke

http://asyhralf.blogspot.com

Diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

Harap maklum

Kain Putih Tidak Berjahit

Bila dibicarakan tentang kain putih yang tidak berjahit, kebanyakkan orang masih lagi belum mengerti apakah maksud sebenarnya disebalik istilah sedemikian. Akan tetapi, jika diceritakan dengan kain kapan, rata-rata orang mengetahuinya. Walaupun mereka hakikatnya perkara itu adalah sama.

Kenapa bila dibicakan tentang kematian, sesetengah pihak tidak gemar untuk mendengarnya, wal hal, ini adalah perkara yang pasti akan berlaku. Kematiaan adalah perkara besar yang dianggap biasa oleh kebanyakkan orang, sehingga mereka lalai dari mengingatinya. Padahal, ia sentiasa mengejar mereka kemana pum mereka pergi dan tiada seorang pun akan terlepas darinya.

Terdapat seorang lelaki duduk bersama seorang ulama. Kemudian lelaki itu berbicara tetang keburukan orang lain kepada ulama tersebut. Maka ulama itu pun menangis selepas mendengar kata-kata lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu berkata, mengapakah kamu menangis. Ulama itu pum berkata, aku menangis kerana engkau sangat berani berbicara tentang keburukan orang lain walaupun kamu mengetahui ianya sama erti sepertimana kamu memakan bangkai orang tersebut. Tidakkah kamu ingat waktu dimana sekujur tubuhmu akan dibalut dengan kapas dan kain kafan serta tanah yang akan menjadi bantalmu?

Maka lelaki itu menangis dan sedar akan kesalahannya.

Adakah kita sedar akan hal ini?selalukah perkara sebegni berlaku atas diri kita?

Apa yang ingin disampaikan disini ialah: kita sebagai manusia akhir zaman selalu terjerumus didalam keadaan sedemikian. Kita sering berkata”Jangan la cakap hal kematian lak time-time cam nie…” walaupum kita tahu kematian akan muncul tanpa diketahui bilakah masanya. kemuadian kita selalu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak elok kepada rakan kita atau orang lain wal hal diketahui akan situasi “makan bangkai orang tersebut” yang sama dengan apa yang kita lakukan ketika itu. Ini lah perkara-perkara yang diketahui hal nya, tetapi senantiasa dilakukan akibat terikut oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan laknatullah.

Akhir kata:

Tepuk dada, tanya iman…

Penghayatan Maulidul Rasul

Tiap-tiap tahun, 12 Rabiulawal mengikut kalendar islam, seluruh umat islam seluruh dunia akan mengadakan sambutan maulidul rasul sebagai tanda mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pelbagai jenis program diatur bagi memeriahkan sabutan tersebut. Antaranya yang popular dan kebiasaan dibuat  ialah SELAWAT. Continue reading

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,420 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)