Kembara di Beijing

Assalamualaikum wbt. setelah beberapa ketika tidak bersua, akhirnya pada hari ini. sempat untuk seketika aku mencoretkan sesuatu di laman siber ini. Pada 24 November 2009, Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 08/09 telah berjaya terbang ke Tanah Besar China. Perjalanan kami tertumpu di sekitar Bandar Beijing yang mana bermulanya kami sebagai delegasi MPP USIM untuk bertemu dan membincangkan beberapa perkara diantara Universiti-universiti yang terkemuka di sana. 2 buah Universiti yang telah dipilih ialah, Beijing Foreign Studies University dan Beijing Languages and Culture University. Kedua-dua buah universiti ini merupakan antara universiti yang mempunyai pelajar dari Malaysia. Hasil perbincangan selama 2 hari itu, kami telah membawa balik beberapa informasi dan maklumat penting yang akan dikemukan kepada TNC HEPA nanti.

Dalam pada itu, pengalaman melihat kehidupan orang Islam di Beijing dan juga keadaan persekitaran disana menyebabkan kami teramat-amat bersyukur hidup di Malaysia ini. Sebagai contoh, suhu di Malaysia sentiasa berada pada tahap yang sederhana sepanjang tahun. Apa yang kami merasainya disana, kehidupan suasana 4 musim ketika kunjungan kami ke sana. musim sejuk yang baru tiba dan suhu yang mencecah -15 di utara china membuatkan kami sentiasa bersyukur berada di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kata pepatah,”jauh perjalanan luas pemandangan”. disini berbagai-bagai corak kehidupan masyarakat dapat kami ikuti. Bagaimana segelintir masyarakat Islam disana yang mengaku beriman kepada Allah, tetapi tidak mengikuti suruhanNYA. Di Malaysia, kita asyik bertengkar sesama Islam berkenaan beberapa perkara yang kecil. mengapa kita tidak memandang kepada negara luar bagaimana kehidupan mereka. Dalam bab agama, perkara-perkara kecil yang kita perbesarkan. Bagaimana orang Islam yang masih tidak solat, puasa dan tidak mengeluarkan zakat? melakukan maksiat, berpakaian tidak tutup aurat melebihi orang kafir dan sebagainya, apa tindakkan kita???

Kita sebagai manusia tidak dapt merasai kehidupan umat Islam yang lain tanpa melihat sendiri bagaimana keadaan kehidupan mereka disana. Bersyukurlah kita berada di Malaysia, dengan Masjid tempat beribadatnya yang mencukupi, air yang bersih dan cukup dan sebagainya…renung-renungkanlah

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    December 2009
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)