Kenapakah Masih Ramai Umat Islam Tidak Menunaikan Solat?

Sejak kebelakangan ini, banyak perkara-perkara yang aneh berlaku disana sini. Bukan di negara luar akan tetapi tanah air Malaysia yang kita cintai ini. Sebagai contoh kes sejadah sembahyang yang makin kerap berlaku dan tulisan ayat suci al-quran pada kali seorang bayi. Apakah petanda yang ingin Allah jelaskan ini? Adakah manusia tidak menyedari yang kehidupan kita ini semakin hampir dengan penghujungnya(hari kiamat). Jika kita meneliti secara terperinci, mengapakah kejadian-kejadian aneh seperti ini berlaku. Sejadah sembahyang sebagai contohnya. Sejadah pada hakikatnya sememangnya digunakan untuk sembahyang, akan tetapi apabila sejadah itu tidak digunakan, perkara-perkara sebeginilah yang akan berlaku. Secara kasarnya boleh la disimpulkan bahawa masih ramai orang yang islam yang tidak menunaikan tangungjawab untuk menunaikan solat. Seperti mana kebiasaan yang boleh dilihat di masjid-masjid, bilangan orang yang bersembahyang adalah terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan jumlah penduduk yang menetap disesuatu kawasan itu. Sehinggakan di masjid-masjid besar, bilanagan sejadah lebih banyak daripada bilangan jemaah pada satu-satu masa. Bahkan jika diteliti, masih ramai lagi yang tidak tahu untuk bersembahyang. Alangkah sedihnya guru-guru yang mendidik mereka ini, mengajar sembahyang sejak dari kecil, pabila dewasa semua ajaran itu hanyalah kenangan semata-mata. Jika ibubapa pum tidak sembahyang apatah lagi anak-anak mereka.

Siapakah yang ingin bertanggunjawab dalam hal ini? Pernah persoalan ini ditanya dalam program kem solat “ibubapa saya tidak pernah pum mengajar saya untuk solat”… bahkan ada yang lebih teruk, ibubapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka mempelajari ilmu agama kerana bimbang anak-anak mereka nanti akan menyalahkan mereka kerana tidak mendidik mereka untuk sembahyang. Inilah contoh kebimbangan gila yang terlalu ditakuti oleh para Ibubapa yang jahil tentang ilmu agama ini.

Ada kes sehinggakan anak-anak terpaksa melarikan diri dari rumah disebabkan tidak tahan karenah ibubapa yang tidak solat dan selalu melakukan maksiat dirumah mereka sendiri. Itu kemunkinan jika anak-anak yang sedar. Jika anak-anak ini tidak ada kesedaran betapa malangnya kehidupan mereka ini. Jika dari satu generasi ke generasi masalah ini berterusan, bolehlah kita menilainya sendiri betapa ramainya orang islam di Malaysia ini khususnya tidak sembahyang dan tidak tahu untuk sembahyang.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    October 2009
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)