Hilangnya ilmu yang telah diperolehi

stackofbooks
Apakah yang menyebabkan kita lupa, apakah yang menyebabkan kita berbuat salah dan apakah yang membuat kita tidak dapat apa yang dipelajari dengan mudah? Majoritinya akan menjawab Banyak melakukan maksiat.
Kemaksiatan yang terkumpul di dalam hati akan menyebabkan pandangan kita dihalang oleh tebalnya maksiat itu, sehinggakan seseorang itu tidak dapat mendengar, melihat, tidak sedar, tidak dapat memahami sesuatu dan tidak berakal. Ini disebabkan, maksiat yang dikumpul hari demi hari telah menjadi darah daging dalam tubuh seseorang itu. Akan tetapi mereka tidak dapat merasainya kecuali Allah sahajalah yang mengetahui segalanya. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“(tetapi) kerana meraka melanggar janji, kami kutuk mereka dan kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah perkataan Allah dari tempat-tempatnya dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya”
(Al-Maidah: 13)

Tentang kemaksiatan ini Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud:

“sekali-kali tidak(demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka”
(Al-Muthaffifin: 14)

Kemaksiatan apabila terkumpul dalam hati manusia akan menghancurkan kepingan-kepingan kebaikan, zikir, dakwah, ilmu dan sebagainya sehinggakan mereka ini akan terus lalai untuk beribadah dan menuntut ilmu. Jika dilihat sekeliling kehidupan kita sekarang, terlalu banyak maksiat yang disajikan. Dengan keadaan media massa yang melebihkan pendidikan hiburan yang menjurus kepada kemaksiatan dan kehidupan reality masyarakat di luar sana. Bila timbul persoalan, kenapakah kami sukar untuk memahami ilmu yang dipelajari? Apakah punca utama kelalaian kami dalam menuntut ilmu ini? Jawapannya sebagai mana yang difahami iaitu kemaksiatan yang sudah mula menguasai diri. Tiadakah ayat-ayat untuk dijadikan pendinding? Ada. Apakah ayat itu? Sebagaimana yang diketahui ayat-ayat itu adalah Al-quran. Akan tetapi permasalahannya disini, kita ingin melindungi diri kita daripada maksiat, tapi adakah kita telah menutup diri kita sebaiknya? Bagaimana nak tutup? Adakah kita mengetahui batas Aurat? Adakah kita sedar yang kita sebenarnya membenarkan orang lain melihat kemaksiatan yang kita sendiri menzahirkannya. Persoalan timbul, kami dah tutup aurat, dah pakai tudung(perempuan), dah tutup segalanya. Apa lagi yang perlu kami buat… Jika diperhatikan, adakah betul seseorang itu menutup aurat mereka?ataupun sekadar meletak selembaran kain di atas kepala atau melilit kain di badan yang sekadar menutup. Itulah yang menjadi punca utama dimana kita menzahirkan maksiat sehingga orang lain yang melihat lalai dan hilang ilmu yang dipelajari dek tergangu oleh maksiat yag disajikan oleh kita yang tutut sama megetahuinya. Jika ditempat menuntut ilmu pun menjadi masalah, apatah lagi dikawasan yang kita sedia maklum lebih bebas dari itu.
Dalam suasana kepesatan pembagunan, kecerdikan para penuntut ilmu, kita mesti ingat yang menentukan segala kehidupan kita adakah Allah Taala. Jika kita menuntut ilmu tanpa niat kerananya, ilmu yang kita bangga-banggakan itu tidak akan terlekat di sanubari seseorang student itu. Jadikan ilmu itu sebagai ilmu, bukannya ilmu itu sebagai nukud.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    October 2009
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)