Sistem Pendidikan IBU BAPA VS GURU

Sebagaimana yang diketahui, pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak kehidupan anak-anak pada masa akan datang. Bagaimana kain itu di bentuk, begitulah jadinya. Semua manusia inginkan satu sistem pendidikan yang akan menjamin kehidupan anak-anak mereka samaada di dunia ataupun akhirat ataupun kedua-duanya sekali. Akan tetapi, apa yang berlaku sekarang, pendidikan yang kita harap-harapkan ini sudah mula menunjukkan transformasi pendidikan barat yang banyak mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia. Permulaan dalam sistem pendidikan yang biasa kita dengar adalah dari Tadika@prasekolah@tabika@taski@pasti dan sebagainya. Tapi, bagaimana sistem pendidikan di rumah? Adalah perlu bermula selepas pendidikan di sekolah? Ataupun hanya bergantung sepenuhnya kepada sistem pendidikan di sekolah semata-mata?

Dalam perkembangan ilmu teknologi yang semakin canggih ini, pengaruh kanak-kanak terhadap media massa amatlah membimbangkan. Ibu bapa yang semakin sibuk mengejar kekayaan sampai melupakan tanggungjawab mendidik anak, menyebabkan anak-anak yang kecik ini bebas untuk mencuba setiap pendidikan yang diajar di dalam media massa yang luas tanpa sempadan. Pendidikan ini merangkumi positif and negative education system. Permasalahan yang timbul adalah pendidikan yang negative ini lebih menguasai diri mereka. Sebagai contoh, internet. Dunia yang serba canggih ini tidak akan lengkap tanpa internet. Akan tetapi, pengawasan yang berterusan dari Ibu Bapa adalah sangat penting bagi menjamin kehidupan bahagia anak-anak pada masa hadapan. Inilah pendidikan di rumah yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka selain pendidikan agama yang menjadi perkara terpenting dalam home education system. Jika perkara berbentuk agama ini tidak diajar dan tidak menjadi teras utama dalam keluarga, seluruh sistem pendidikan yang lain tidak akan berjaya. Pengawasan internet juga tidak akan berjaya.
Jika ditanya kepada ibubapa, apakah permasalahan utama dalam pendidikan anak-anak dirumah? Jawapanaya senang sahaja. Tidak ada masa, sibuk, anak-anak sudah belajar disekolah dan sebagainya. Itulah jawapannya. Bila anak-anak terjebak dalam keruntuhan akhlak, masa inilah guru-guru dipersalahkan.
Dalam pandidikan di sekolah pula, kepincangan sistem pendidikanyang berteraskan Islam ini menyebabkan, pelajar-pelajar pada zaman ini semakin lama semakin lupa akan perkembangan pendidikan yang sepatutunya mereka belajar disekolah. Tiada lagi subject agama, fardu ain dan sebagainya sepertimana yang disarankan oleh Islam. Pabila berlakunya gejala maksiat yang berleluasa, keruntuhan akhlak dan sosial, masa ini lah pendidik dijadikan mangsa, sedangkan perkara ini juga adalah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka dirumah.

Sebagai kesimpulannya, kedua-dua sistem pendidikan ini mestilah selari bagi memastikan anak-anak yang bakal dilahirkan akan dapat memimpin dunia mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    October 2009
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)