Rahsia Puasa

Allah Taala telah mengurnikan satu nikmat yang besar kepada seluruh hambaNYA iaitu dengan memberikan satu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala usaha buruknya. Amalan yang dimaksudkan itu ialah ibadah puasa. Ibadah puasa merupakan satu ibadah yang akan menjadi benteng dan perisai kepada umat Islam seluruhnya.
Seorang bijak pandai berkata “ Puasa untuk selama-lamanya, tentulah tidak berkuasa untuk dilakukan. Oleh itu, dengan dijadikan kewajipan ibadah puasa itu selama sebulan dalam setahun maka khudrat manusia mampu untuk melaksanakannya. Bulan itu adalah bulan Ramadhan. Timbul satu persoalan, mengapa ditetapkan ibadat puasa itu dalam bulan Ramadhan? Untuk masalah ini para ahli fikir berpendapat untuk tidak pernah menanyakannya, ini disebabkan andaikata bukan ibadat puasa itu di bulan Ramadhan, maka tentulah ianya berada di bulan yang lain.”
Orang yang berpuasa juga diberi janji oleh Allah Taala bahawa mereka akan dapat bertemu denganNya sebagai balasan puasa mereka itu. Orang yang berpuasa juga akan dilipatgandakan pahala mereka dengan tidak terhitung banyaknya.
Ibadat puasa itu merupakan suatu pengekangan dan pembersihan diri seseorang umat Islam itu. Rahsia bagi mereka yang melakukannya itu bergantung sepenuhnya kepada individu itu sendiri. Puasa bukanlah satu amalan yang dapat dilihat, berbanding ibadat lain yang merupakan amalan-amalan yang dapat disaksikan dan dilihat oleh kebanyakan manusia. Puasa hanyalah dapat disaksikan oleh diri seseorang itu dan Allah Azza wa jalla sahaja. Ini disebabkan puasa adalah amalan batin yang berbentuk kesabaran semata-mata.
Ibadat puasa juga merupakan tentangan kepada musuh Allah iaitu syaitan. Cara syaitan menghasut manusia adalah melalui nafsu syahwat yang berkuasa dalam diri seseorang manusia itu. Kukuhnya syahwat seseorang itu adalah dengan jalan pemakanan dan minum. Jadi menyekat pergerakan musuh Allah Taala itu adalah sebagai pertolongan untuk menegakkan agama Allah Taala. Datangnya pertolongan Allah itu adalah bergantung kepada pertolongan manusia kepadaNYA.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    August 2009
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,478 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)