Merdeka!! Merdeka!!…Merdeka itu apa?

Merdeka bukanlah hanya bererti merdeka daripada penjajahan, tetapi merdeka akal fikiran yang sempit dan terjajah. Merdeka daripada segala hasutan syaitan dan segala kejahatan yang dilakukan.Apabila kita berjaya memerdekakan diri kita bermakna kita sudah berjaya mengekalkan identiti kita sebagai seorang Muslim yang di pertanggungjawabkan atas tuntutan agama Islam supaya membebaskan akal fikiran daripada penjajahan dari barat.

Kita perlu ingat, penjajah telah meninggalkan kita selama 52 tahun lalu. Lalu apakah kita berbangga dengan budaya yang ditinggalkan oleh barat? Kita ada budaya kita sendiri dan tentunya budaya kita lebih baik daripada budaya barat yang mana banyak merosakkan budaya kita. Sudah sampai masanya kita kembali kepada agama dan bersempena bulan kemerdekaan yang bertembung dengan bulan Ramadan, masih banyak lagi yang perlu kita ubah.

Perlu diketahui, detik12 tengah malam adalah penentuan hari mengikut kalendar masehi(Kristian). Berbeza dengan Islam, penentu satu hari mengikut perkiraan waktu maghrib. Dengan itu untuk pembaharuan, elok rasanya kita mulakan sambutan tahun baru hijrah dengan mengambil kira waktu maghrib. Jika kita menunggu detik 12 malam, pemikiran kita masih lagi terjajah.

Penentuan hari mengikut kalendar Cina sama seperti kalendar Islam iaitu berasakan peredaran bulan atau lebih dikenali sebagai kalendar lunar. Begitu juga dengan kalendar India, berasakan peredaran bulan dan bintang. Sekali gus, rakyat Malaysia, sebenarnya hampir berkongsi satu kalendar. Justeru, memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara berpaksikan Islam, alangkah baiknya pengisian sambutan kemerdekaan berasakan kalendar Islam.

Hakikatnya tanpa kita sedari, pemikiran kita masih lagi dikongkong oleh penjajah. Mereka berjaya memisahkan antara kehidupan duniawi dan ukhrawi. Sedangkan kita semua tahu bahawa dunia adalah jambatan ke akhirat. Kehidupan di dunia ini semuanya ibadah jika dilakukan dengan betul.
Islam itu adalah way of life atau satu cara hidup. Kehidupan kita hendaklah sentiasa baik walau di mana kita berada. Tidak kira di bulan puasa atau tidak. Hakikatnya, puasa itu adalah bulan kemerdekaan. Memerdekakan diri kita daripada segala perbuatan yang merosakkan(mungkar), kejahatan dan kemungkaran. Bulan puasa adalah madrasah atau latihan yang terbaik untuk kembali ke jalan yang benar.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    August 2009
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)