Ramadhan Bulan Antara Hamba Dengan PenciptaNYA

Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah… dengan berkat dari Allah SWT, pada tahun ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menikmati keindahan bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di dunia ini. Bulan yang penuh barakah. Bulan antara hamba dengn penciptaNYA.
Rakan-rakan sahabat sekalian,
Disebalik kemeriahan ramadahan yang menjadi tempat tumpuan ibadat umat Islam, ayuh sama-sama kita mengorak langkah untuk meneliti adakah ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan yang terbaik buat kita? ataupum munkin ramadhan terakhir buat kita semua?

Sahabat sekalian, setelah 4 hari berlalu , pelbagai karenah masyarat dapat diperhatikan sepanjang ramadhan ini. Tidak kiralah, samada di bazar ramadhan, di surau, masjid ataupum di tempat bekerja dan kelas. satu perubahan yang mendadak berlaku disebabkan 11 bulan kita sentiasa bersama dengan makanan, hiburan-hiburan dan sebagainya, tiba-tiba satu bulan yang merupakan penghulu bulan muncul, maka manusia berubah dengan terpaksa berjauhan dari makanan, meninggalkan hiburan, bertumpu di surau atau masjid, membaca al-quran dan sebagainya. Bagi sesetengah mereka yang boleh diketogorikan jahil, ini merupakan satu bulan yang amat memenatkan dan membebankan mereka. Tapi bagi mereka yang sentiasa ingin berdampingan dengan penciptaNYA, ini merupakan saat yang terbaik untuk mereka.
Jika kita perhatikan di bazar ramadhan sebagai contoh, terlalu banyak makanan, pilihan yang mendorong manusia-manusia untuk berlumba-lumba membeli juadah berbuka dan mengikuti hawa nafsu mereka sehinggakan boleh diibaratkan mereka ini membeli makanan-makanan untuk tempoh sebulan. Ini adalah satu fenomena biasa yang hanya boleh dilihat pada bulan ramadhan. jika diperhatikan secara dalam-dalamnya itulah contoh dimana kita hanya beribadat lebih di bulan ramadhan sahaja. Tetapi bila tiba syawal dan bulan-bulan seterusnya, segalanya dilupakan.
Begitu juga di surau-surau dan masjid. Dimanakah jemaah-jemaah yang begitu ramai pada bulan ramadhan menghilang? Bulan ramadhan jika dilihat surau-surau di kampung hampir nak runtuh dibuatnya kerana terlalu ramainya jemaah pada satu-satu masa. Akan tetapi dimanakah hilangnya mereka-mereka ini pada bulan-bulan lain. Dimanakah tarbiah yang diamalkan pada bulan ramadhan? ikhlas ke kita dalam beribadat kepada Allah ini? marilah sama-sama kita muhasabah balik diri kita ini sebelum ramadhan tahun ini menutup tirainya. Munkin ini adalah ramadhan terakhir untuk kita, jadi beramallah sebaik-baiknya, I’Allah segala perbuatan yang kita lakukan ini diterima oleh Allah SWT…

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    August 2009
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)