Umat Islam mesti saling bermaafan

PEMAAF adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap Muslim. Sifat itu mempunyai kesan besar dalam kehidupan kerana dapat menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Justeru, sifat pemaaf dapat meletakkan seseorang pada kedudukan yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Orang bersifat pemaaf adalah insan yang tidak berdendam dan buruk sangka terhadap orang lain. Biarpun dia pernah diperlakukan dengan sesuatu yang menimbulkan marah, dia memaafkan perbuatan itu dan menerimanya dengan fikiran positif.

Insan bersifat pemaaf dan berhati mulia ini tidak hanya memaafkan apabila pelakunya memohon maaf, bahkan bersikap terbuka.

Sifat pendendam adalah penyakit jiwa yang boleh mendatangkan pelbagai sifat negatif lain dalam diri. Jadi, sesiapa ingin membersihkan diri daripada sifat negatif haruslah terlebih dulu membuang sifat dendam.

Sifat pemaaf adalah lawan sifat pendendam yang membersihkan kekotoran hati. Melaluinya, insan pemaaf tidak berasa dendam terhadap orang lain. Dia memaafkan perkara yang lalu, sedang berlaku dan mungkin juga apa yang akan berlaku.

Sifat itu memberi keyakinan diri bahawa yang berhak menghukum hanyalah Allah. Biarlah Allah menentukan balasannya

Memang orang yang dizalimi berhak membalas balik perbuatan itu. Namun, yang lebih baik ialah memberi kemaafan yang mendatangkan kebaikan. Dengan yang demikian, maka insan pemaaf akan diberi pahala berlipat ganda oleh Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan bagi orang dizalimi mereka akan membela diri. Balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka, sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.” (Surah asy-Syura, ayat 39-40).

Biarpun Islam membenarkan membalaskan kejahatan dengan kejahatan yang sama, adalah lebih baik lagi jika diselesaikan secara memberi kemaafan. Ini bagi mengelak perkara buruk menjadi berterusan. Disebabkan membalas itu mungkin berlaku ketidakadilan apabila balasan lebih teruk. Ini tentu pula menimbulkan perasaan tidak puas hati pihak yang dibalas.

Sebenarnya tidak rugi kita memaafkan orang lain. Apa yang telah berlaku telah menjadi sejarah. Kita perlu melihat keuntungan di akhirat berdasarkan janji yang diberikan oleh Allah melalui ayat di atas.

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: “Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka di dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh memain-mainkan hati mereka seperti sebiji bola.”

Islam menganjurkan agar kita saling memaafkan demi mewujudkan kesejahteraan dalam kehidupan.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    August 2009
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,478 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)