Sekitar Pesta Konvokesyen ke-7 USIM 2009

Oleh: Khairul Asyraf Mohd Nathir

Debaran graduan-graduan Universiti Sains Islam Malaysia menunggu detik konvokesyen semakin memuncak apabila pesta konvokesyen usim ke-7 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2008/2009 telah bermula gilang gemilangnya semalam . Pesta konvokesyen atau juga dikenali dengan C-fest pada tahun ini membawa satu matlamat yang besar iaitu memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswa bergiat lebih aktif dalam program universiti selain dari meraikan graduan-graduan atau generasi ke-7 USIM yang akan menerima ijazah mereka pada 1 Ogos ini. Bertemakan “generasi aktif menjana perubahan”, c-fest kali ini membawa beberapa kelainan berbanding c-fest sebelum ini. Antaranya, kejayaan mahasiswa-mahsiswa USIM yang berjaya mencatatkan nama di dalam Malaysia Book Of Record, ketogori mengarang esei bahasa arab paling ramai di Malaysia berasakan tajuk “Satu Malaysia”. “kejayaan USIM pada kali ini dalam mencatatkan nama didalam Malaysia Book Of Record merupakan kejayaan yang amat bermakna kepada semua pihak terutamanya pihak pengurusan universiti.”kata saudara Safuan Rahmat, pengarah C-fest 7 2009. Katanya lagi, ini adalah percubaan yang ke-3 selepas percubaan pada tahun 2007 dan 2008 gagal . Selain itu juga, forum Milenia Muslim 2 adalah antara program yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya mahasiswa-mahasiswa USIM dan juga IPT yang berdekatan. C-fest 7 kali ini juga diserikan dengan pelbagai jenis gerai makanan dan cenderahati yang turut dijual disitu. Antaranya ialah A&W yang juga turut diserikan dengan kehadiran mascot rasmi mereka serta kartunis-kartunis tempatan yang menarik ramai pengunjung untuk melihatnya. Menurut Mohd Firdaus Abdul Rahman, pelajar tahun 3 FSU, c-fest kali ini membawa satu perubahan yang besar dari sudut penyampaian maklumat kepada pelajar serta program-program yang diaturkan lebih teratur dan menarik. Pesta Konvokesyen telah menutup tirainya pada 2 Ogos 2009 dengan jayanya.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    August 2009
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)