Pemahaman Bahasa Arab Menerusi Al-Quran

oleh: Khairul Asyraf Mohd Nathir

Melalui pembelajaran yang sempurna dan penghayatan yang berterusan, bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang cukup senang untuk dipelajari khususnya kepada mereka yang beragama Islam.
Satu cara yang terbaik untuk mempelajari bahasa Arab ialah melalui penghayatan dan pemahaman dalam pembacaan al-Quran. Dengan memahami al-Quran, bahasa Arab akan mudah dipelajari. Ini kerana al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril menggunakan bahasa Arab supaya umatnya mudah untuk mempelajarinya.
“al-Quran apabila diteliti banyak menggunakan bahasa dan istilah yang agak tinggi dan agak susah untuk difahami jika tanpa tunjuk ajar dari guru. Akan tetapi keberkesanannya adalah amat baik apabila kita menghayati maknanya dan seseorang itu akan mudah menguasai asas-asas Bahasa Arab itu sendiri”. Kata Zati Syahmeena Zulkifli, pelajar tahun 4 FPQS.
Dalam pembelajaran Bahasa Arab menerusi Al-Quran, perkara yang akan diperolehi ialah keunikan dan keistimewaan bahasa itu melalui unsur-unsur dan gaya bahasa yang terdapat di dalam al-Quran, malah bahasa arab juga kini telah diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa yang bukan sahaja dituturkan oleh bangsa Arab, malahan juga bangsa lain diseluruh pelosok dunia.

Menurut Nur Amirah dari FST, pembelajaran bahasa arab menerusi al-Quran secara umumnya banyak memberi kesan kepada masyarakat dan pelajar, akan tetapi pembelajarannya mestilah bermula dari asasnya kerana bahasa al-Quran banyak menggunakan istilah kias atau balaghah.

“Tidak ramai pelajar-pelajar yang mengaplikasikan bacaan al-Quran mereka dalam pembelajaran bahasa Arab. Pada penilaian saya kepada pensyarah-pensyarah arab, kebanyakkan daripada mereka gemar menggunakan unsur atau gaya bahasa al-Quran dalam pengajaran dan perbualan mereka seharian”, kata Mohd Sirajuddin Safai, tahun 3 dari FPBU.
Menerusi perkembangan sains dan teknologi masa kini, para pelajar dan masyarakat akan lebih mudah untuk mempelajari bahasa arab terutamanya menerusi al-Quran dan dengan wujudnya kemudahan ini, akan lebih ramai lagi pencinta bahasa al-Quran akan dilahirkan.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    August 2009
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,478 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)