“Banyak ketawa buat hati mati…….”

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering

dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan

mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan,

manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan

yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa

kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai

agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap

membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh

bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi

dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah

menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan

persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah di medan peperangan,

tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat

genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera

Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

009-AtTaubah(073-086)

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : “Maka

hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.” (Surah

at-Taubah, Ayat 82).

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum

munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan.

Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita

harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri

semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya

berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang

akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan

yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan

pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada

bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan

bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak

ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan

at-Tirmizi).

Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin

segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai

perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara

berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan

matinya hati.

Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang.

Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata

menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara

hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan

ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi

berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah memerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan

bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir

seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian.

Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah

segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan

tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan

syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah

hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.

Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan

fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi

Allah.

Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa

dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui

bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara itulah, manusia boleh

mendekatkan diri dengan yang maha pencipta dan menyemai rasa takut

untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama.

Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia

secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan

ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan

tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka

sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri.

Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya

iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan

darjat diri sudah tidak berfungsi lagi.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa

nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa

takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada

Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang

sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan

yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa

yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita banyak ketawa dengan

sabda Baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh

menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih

mengundang perkara negatif daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa

diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang,

banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan

himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju

ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan,

keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat

sementara.

Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan

tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua,

ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu’la pernah berkata: “Adakah kamu masih bergelak

ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana

Allah.”

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan

sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan

keriangan yang dinikmati di dunia.

Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambanya

beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian

sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan

dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan

pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman

kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa

akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di

dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam

azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.

Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang

menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata, sesiapa melakukan

perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam

neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya

untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang

sederhana. Hal iIni kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu

yang semula jadi tercipta.

Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada

menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku. Maka akan hilanglah

kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    July 2009
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)