Balasan meniggalkan solat…

Assalamualaikum WBT…

Bertemu kembali kita di karpet siber ini selepas sekian lama ana menyepi disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan di awal semester pengajian baru ini. Mahasiswa/i sahabat-sahabat sekalian, alam kampus merupakan alam yang paling seronok bagi mereka yang inginkan lebih ilmu di dada. Akan tetapi, adakah ilmu yang ditimba itu digunakan dengan sepatutnya? Diamal seadanya?

Kepada sahabat- sahabat semua, hayatilah. Semoga apa yang bakal dibaca nanti memberikan pengajaran dan pedoman untuk kita meneruskan kehidupan ini. BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda Kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar lah.a. dan Umar lah.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar lah.a dan Umar lah.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?” Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.” Di zaman Abu Bakar lah.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh saya. saya tidak berdosa dan saya tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.” Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :” 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya. “

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    July 2009
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,478 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)