Suka Duka 17th CCEM 2009

Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.

Bersua kembali kita di karpet digital selepas sekian lama menyepi disebabkan penulis telibat secara langsung dalam 17th Conference of Commonwealth Education Ministers pada kali ini yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Setelah 11 hari mengikuti 17th Conference of Commonwealth Education Ministers 2009, secara kesimpulannya, banyak perkara baru yang dipelajari bersama. 11 hari bersama student representatives’ council dari kalangan meraka yang terbaik di seluruh dunia, menyababkan SRC dari Malaysia tengelam buat seketika. Selepas beberapa hari berlalu, barulah wakil dari tuan rumah mula menyengat dan dikenali oleh semua deligasi komenwel. Wakil Malaysia pada 17th CCEM kali ini memikul satu tangungjawab yang besar bagi menterjemahkan kepada dunia siapakah sebenarnya kita. Malaysia yang terkenal dengan Negara Islam dan konsep 1 Malaysia telah membuka mata deligasi dari negara komenwel pada kali ini.

Sopan, lemah lembut dan beriman antara perkara yang ketara ditonjolkan oleh wakil dari Malaysia selain kehebatan mereka dalam aspek kepimpinan. Usrah dan halaqah kecil bersama muslim dari luar negara adalah perkara yang amat bermakna bagi setiap muslim dari SRC Malaysia. Kehebatan mereka dalam perbincangan dan berpidato menunjukan kepada semua bahawa darah muda seorang mujahid sedang mengalir dalam tubuh mereka.  Antara perkara yang sering dibincangkan dalam halaqah kecil ini termasukalah aspek pemakain wanita, makanan halal dan haram dan kekuatan iman seseorang muslim itu.

hangat
youth forum

Skop yang terarah kepada Pendidikan sekolah dan universiti adalah antara perkara yang penting dan menjadi fokus utama pada CCEM kali ini. Ini adalah termasukalah dalam perkara ICT, tenaga pengajar, dan kemudahan-kemudahan lain di sekolah.Perbincangan dan perdebatan antara perkara yang wajib berlaku sepanjang berlansungnya CCEM ini. Pada hari terakhir, satu memorandum khas dari Youth Forum telah disiapkan dan dihantar kepada semua Menteri-menteri Pendidikan negara komenwel. Harapan dari semua Youth Forum agar segala cadangan penambahbaikan yang telah dipersetujui diambil cakna oleh Menteri.

CCEM merupakan platform terbaik bagi kepemimpinan mahasiswa terutamanya MPPIPTA/IPTS di Malaysia khususnya dalam mengenengahkan lagi bakat kepimpinan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    June 2009
    M T W T F S S
    « May   Jul »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,478 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)