10 Subjek SPM?

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya, kita masih lagi diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus hidup di muka bumi Allah yang sementara ini. Dalam keselesaan yang dikecapi sekarang, kita tidak boleh alpa  dengan segala maklumat yang sentiasa berubah dari masa ke masa. Kerana tidak caknanya kita sebagai pejuang Islam ini akan maklumat-maklumat itu, maka kita akan terus dan terus ketinggalan ke belakang.

Apabila kita melihat akhbar dalam 2, 3 hari ini, kita asyik mendengar perkara yang  rata-rata pelajar cemerlang yang inginkan lebih banyak ilmu-ilmu pengetahuan  ini  kurang senang dengan keputusan yang bakal diumumkan oleh Menteri pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan menghadkan 10 subjek sahaja kepada semua calon-calon SPM bermula tahun depan. Alasan yang diberikan adalah kerana pelajar-pelajar ini hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan sahaja tanpa bergiat dalam aktiviti kokurikulum dan kekurangan tenaga pengajar di sekolah-sekolah.

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu transformasi pendidikan secara menyeluruh untuk menyeimbangkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum setiap pelajar

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata calon SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran, mulai tahun depan. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. 

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berharap kerajaan bertegas dengan keputusan itu bagi mengelak timbul masalah seperti kekurangan guru, beban kewangan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke kelas tuisyen sedangkan syarat lulus SPM hanya enam mata pelajaran.

“Pelajar juga harus memberikan penekanan kepada kecemerlangan kokurikulum. Kita mahu pelajar berkualiti dari setiap sudut bukan sekadar akademik semata-mata,” katanya.

 

Apabila kita menjengok kembali ke medan perjuangan  di mana Siti Fatimah yang merupakan pelajar cemerlang spm 2006 berjaya mencipta rekod baru apabila memperolehi 18A dalam SPM, adakah beliau sekadar ke sekolah untuk belajar?  adakah beliau hanya aktif dengan bukunya sahajakah? Jika dilihat kembali kegiatan beliau, Siti Fatimah merupakan seorng pelajar yang aktif  dalam sekolah dan beliau juga merupakan ketua pelajar di SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan. Tidak lupa juga pelajar terbaik SPM tahun lepasNik NurMadihah yang memperolehi 20A yang juga aktif dalam kelab dakwah di sekolah dan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Jadi alasan yang mengatakan pelajar mengambil subjek banyak tidak aktif adalah tidak benar sama sekali.  

nik nur madihah
sitifatimah18as

Satu perkara yang mesti kita lihat disini iaitu pelajar-pelajar cemerlang sepanjang 3 tahun ini. Mereka semuaadalah pelajar yang  datangnya dari sekolah yang berorintasikan agama sebagai asas utama selain aktif dalam sukan, debat, pidato dan sebagainya. Sebenarnya, kunci utama kejayaan seseorang itu adalah rapatnya mereka-mereka ini dengan Pencipta, keberkatan dari ibu bapa dan sifat mereka yang ingin tahu dalam banyak perkara mendorong mereka untuk untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka menerusi subjek-subjek yang ditawarkan dalam SPM.

 Jika perkara ini terlaksana subjek-subjek agama di sekolah-sekolah agama akan dipinggirkan dek kerana ingin mengfokuskan subjek-subjek teras dan sains semata-mata. Subjek-subjek seperti Syariah Islamiah, Al-Quran Dan As-sunnah dan Bahasa Arab Tinggi merupakan subjek-subjek tambah nilai kepada pelajar aliran agama. Peminggiran subjek-subjek agama ini akan merugikan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama di seluruh negara. (ABDUL HADI BIN ALIAS-Kertih)

10A1 sahaja? itukah sahaja pelajar-pelajar kita mampu buat?mengapakah perlu disekat kepintaran mereka-mereka ini?jika ditelili, bukan saja kepintaran pelajar-pelajar ini disekat malah sudah tentulah dominasi pelajar melayu yang menuntut di sekolah beraliran agama akan tengelam. Adakah ini matlamat sebenar pihak kerajaan? dimanakah kekuatan kita sebagai orang melayu  Islam jika semua kelebihan yang pejuang-pejuang muda Islam ada ditengelamkan dengan begitu mudah sekali. Adakah kerana di sekolah berasarama penuh tidak dibenarkan? tepuk dada tanya la diri sendiri bagaimana.

Sebagai konklusinya, kesan yang munkin ketara yang boleh dilihat pada suatu masa nanti ialah mereka yang cemerlang dan golongan protaz yang semakin ramai pada hari ini akan hilang pelapisnya jika tidak dibentuk dengan secepat munkin. Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan tidak secara melulu membuat keputusan yang berat ini kerana sepatah kata  diucapkan, akan meningalkan kesan yang mendalam keatas generasi pemimpin negara masa datang.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    June 2009
    M T W T F S S
    « May   Jul »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,478 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)