Banyak ke Masa kita ni?

103-Al AsrApabila disebut masa, semua orang akan tahu dan faham akan betapa pentingnya masa itu kepada semua manusia. Dalam surah AL ‘ASHR (Masa), surah ke 103, antara isi pokok yang dinyatakan adalah “semua manusia berada dalam kerugian apabila mereka tidak mengisi waktunya dengan perbuatan yang baik.

Apabila kita melihat ayat yang pertama dalam surah ini iaitu والعصر . Huruf wau disini dalam pengajian bahasa arab bukanlah “wau ataf” atau dalam bahasanya “wau penyambung kata”, akan tetapi wau disini ialah wau Qasam yang bermaksud sumpah. Disini, Allah telah bersumpah dengan masa  bahawa :

Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalm kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati bkebenaran dan menatapi kesabaran”

Selepas peminat Formula One bergembira atas kemenangan 1-2 Jesson Button dan R.Barrichello yang berjaya menjejakkan kaki ke podium di litar Monaco pada ahad lalu, kini tibalah peminat fanatik bola terutamanya peminat Manchester United dan Barcelona, akan bersekang mata pada malam ini untuk melihat aksi-aksi pemain pasukan pilihan mereka, adakah dapat merangkul juara pada perlawanan akhir piala UEFA ataupun tidak.

ROME: Dari pertembungan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kepada Wayne Rooney dan Thierry Henry, perlawanan akhir Liga Juara-Juara kali ini bakal mempamerkan perlawanan klasik dalam aksi kelab bola sepak Eropah. Perlawanan Manchester United menentang Barcelona menyaksikan dua pasukan paling menghiburkan dalam bola sepak untuk menentukan pasukan manakah yang terkuat di Eropah, mahupun di seluruh dunia.

MU

barca

sipakah menjadi juara pada malam ini?

Manchester United vs  Barcelona

Dalam pada kita memikirkan siapa yang akan merangkul juara pada malam ini, marilah  kita sama-sama memerhatikan ayat dalam surah AL ‘ASHR (Masa) dan maknanya dengan teliti. Kerana masa adalah perkara yang paling penting dan perlu diambil cakna oleh semua rakan mahasiswa sekalian. Ayuh kita periksa kesihatan amalan kita buat seketika.

Adakah MASA rakan-rakan sekalian dipenuhi dengan melakukan amalan yang berfaedah?Pernahkah rakan-rakan sekalian meluangkan masa buat beberapa seketika pada malam hari untuk bangun solat 2 rakaat? Adakah untuk bangun solat 2 rakaat di malam hari itu berat bagi kita sebagai seorang mahasiswa islam? Jawapannya tidak dan tiada alasan bagi kita untuk tidak bangun. Hanya 5 minit sahaja. Waktu yang amat singkat berbanding 90 minit tanpa masa tambahan yang dapat kita luangkan dengan keadaan yang segar dan mata yang bersinar terang.


Sebenarnya, peminat sukan terutamanya sukan-sukan besar seperti Formula One dan Bola, mempunyai masa yang terbaik untuk merapatkan lagi diri dengan ALLAH SWT. Jika 90 minit kita dapat luangkan masa di malam hari, sudah tentu 5 minit yang singkat ini tidak akan menjadi masalah kepada kita sebagai mahasiswa islam. Pada malam ini, pertembungan antara 2 gergasi bola sepak dunia ini akan bermula pada pukul 2.30 pagi. Ini adalah peluang terbaik kita untuk sekurang-kurangnya 2 rakaat solat tahajud pada malam ini. Tidak kiralah di awal perlawanan, masa rehat ataupun masa perlawanan tamat. Ini adalah  peluang kita yang terbaik untuk mendapat 2 dalam satu pada malam ini. Pahala solat dan kegembiraan kemenangan pasukan yang bakal ditentukan pada malam ini.

Oleh itu, marilah kita sama-sama untuk memanfaatkan masa yang ada ini bagi melakukan sebanyak munkin amalan-amalan yang Insyaallah akan dapat memberi ketenangan kepada kita di dunia dan akhirat nanti.

Manchester United( 3) vs  Barcelona( 1)

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    May 2009
    M T W T F S S
        Jun »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)