Hari-hari yang indah

Terasa hangat bahang yang membakar laksana mentari melewati ubun-ubun kepala dikala rakan-rakan lain  sedang berehat dibawah putaran angin yang amat menyegarkan, timbul rasa tanggungjawab bahawa amanah yang telah diberikan kepadaku belum lagi sempurna terlaksana.

Bergegasku mendapatkan motosikal kesayanganku dan terus mengagahkan diri untuk melihat sendiri keadaan kolej kediaman baru yang terletak agak jauh dari tempatku berada. Bersama rakan exco yang tidak asing lagi bersama handcamnya, kami mula bergerak ke destinasi yang dituju berbekalkan harapan agar dapat memuaskan hati semua rakan-rakan mahasiswa yang disayangi. 

Dalam keadaan panas kering pada ketika itu, akhirnya kami berjaya sampai di tempat yang dituju. Hatiku bertambah senang pabila melihat kelibat pengawal keselamatan sedang meronda-ronda di kawasan yang majoriti penghuninya dari luar negara.

pakguard kk cempaka

Selepas memperkenalkan diri, kami teruskan pernerokaan ke blok-blok yang disewa. Keadaan tempat yang amat tidak dijangka. Pada mulanya kami beranggapan bahawa disitu adalah tempat yang paling baik bagi rakan-rakan mahasiswa meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Akan tetapi, anggapan kami sebaliknya. Sikap berpuak-puak, menyebabkan golongan mahasiswa ini sukar untuk mendekati mereka disamping keadaan mereka yang kurang menitik beratkan soal kebersihan kediaman mereka. Apa tidaknya, binatang peliharaan mereka seperti kucing dan anjing dilepaskan begitu sahaja. Ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada penghuni lain terutamanya mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai nilai dan etika yang tinggi dalam aspek kebersihan diri dan tempat tinggal.

 

kk cempakakk cempaka..

Ketika dalam perjalanan keluar dari kolej kediaman berkenaan, kami sempat bertemu dengan rakan mahasiswa yang baru sahaja pulang dari menghadiri kuliah di kampus. Agak lama juga kami berbincang mengenai keadaan tempat baru yang serba kekurangan ini. Unit rumah beliau sempat kami lawati, dan keadaannya amat selesa bagi 6 orang mahasiswa untuk tinggal di dalamnya. Luas, nyaman, bersih dan selesa, itulah yang dapat digambarkan keadaan unit rumah yang didiami  oleh rakan-rakan mahasiswa kami.  

Selepas 2 jam berpusing-pusing melihat keadaan kolej kediaman baru itu, kami mengorak langkah untuk meninggalkan kolej tersebut dan bergerak ke kolej kediaman mahasiswi yang terletak tidak jauh dari kami berada.

Sesampainya kami disana, kami disapa mesra oleh pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Walaupum hajat kami untuk melihat keadaan unit rumah disana tidak tercapai, gambaran kebersihan diluar kolej yang berpagar khas itu cukup untuk  mengambarkan keselesaan yang dikecapi oleh mahasiswi  disamping kemudahan gerai makan yang banyak dan bersebelahan tapak pasar malam yang menjadi tumpuan ramai pada setiap hari jumaat.  

Kami diberi kebenaran oleh pengawal keselamatan untuk melihat disekitar kolej kediaman tersebut sebagai memuaskan hati kami yang penuh bersemangat tatkala mentari masih terik menyinar di ufuk barat.

Setelah berpuas hati melihat sendiri keadaan yang sebenar, kami mengorak langkah pulang dengan membawa seribu satu maklumat yang munkin dapat dikongsi dengan semua rakan-rakan mahasiswa lain serta barisan kepimpinan mahasiswa yang amat perihatin terhadap kebajikan mahasiswa sekalian

wslm…

p/s: Exco of  welfare & exco of multimedia and publisity

Advertisements

1 Comment

  1. […] klik Hari-hari yang indah untuk maklumat Cempaka Court….. Possibly related posts: (automatically generated)Jadual […]


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    May 2009
    M T W T F S S
        Jun »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)