Langkah Syaitan Menyesatkan Manusia

 

 

 

002-AlBaqarahHai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)

Syaitan tidak pernah bergembira ketika melihat ada orang-orang yang bertaubat kepada Allah. Ia akan berusaha dengan segala daya upaya untuk menggelincirkan manusia, kembali kepada kesesatan. Syaitan menggoda manusia melalui media hawa nafsu dan syahwat yang ada dalam diri manusia. Ketika seorang manusia dengan rahmat Allah, secara sempurna mampu mengendalikan hawa dan syahwatnya, maka syaitan kehilangan cara untuk menyesatkan manusia. Kerana Allah berkata, bahawa Iblis tiada sanggup menyesatkan orang-orang yang mukhlas.

Cara syaitan menggelincirkan manusia beragama. Ada seseorang yang tidak pernah solat. Ketika ia sedar bahawa ia harus mulai bertaubat dengan melaksanakan solat, maka syaitan akan berusaha agar orang ini tidak melaksanakan solat. Berbagai cara dilakukannya. Mulai dengan membisikan kemalasan, keasyikan, pengabaian dan sebagainya. Namun kerana usaha yang keras, akhirnya Allah menolong. Orang ini menjadi
mudah untuk melakukan solat. Ia menjadi orang yang rajin solat, bahkan selalu di Masjid. Saat ini syaitan tidak lagi menggelincirkan dengan meniupkan kemalasan, ia melihat lubang yang lebih terbuka di dalam individu tersebut, iaitu lubang riya. Syaitan membiarkannya dalam kerajiannya dalam solat. “Lihat solatmu paling bagus”. “Lihat, orang-orang kagum padamu”. “Kamu adalah orang yang alim”. Ketika ia mengikutinya, tanpa sedar si manusia pun telah tergelincir kedalam lubang syaitan.

Imam al Ghazali dalam Kitab Minhajul Abidin mengatakan, bahwa syaitan menyesatkan manusia dengan 7 langkah, iaitu:

PERTAMA DSC00789
Syaitan melarang manusia agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan berkata: “Aku memerlukan pahala dari Allah, kerana itu aku harus membekalkan diriku di dunia ini untuk akhirat yang kekal abadi”.

KEDUA Rezeki daripada Allah
Syaitan mengajak manusia untuk bertangguh. Syaitan mengatakan”Nanti  masih ada waktu”, “Nanti saja kalau sudah tua”, dan sebagainya. Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: “Ajalku bukan pada tanganku. Jika aku mengundur amal hari ini untuk esok, siapa yang dapat memastikan bahwa aku masih hidup?”

KETIGA DSC00943
Suatu waktu syaitan mendorong manusia untuk segera mengerjakan amal baik, sambil berkata: “Ayo cepatlah beramal, supaya banyak dan dapat memburu amal yang lainnya”. Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata: “Amal yang sedikit tetapi sempurna adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak sempurna”.

KEEMPAT Sport center
Syaitan kemudian menyuruh manusia untuk mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab apabila nanti tidak sempurna akan dicela oleh orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata:”Untuk saya, cukup dinilai oleh Allah saja dan tidak ada faedahnya beramal kerana manusia”.

KELIMA DSC01115
Setelah itu syaitan merosakkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan: “Betapa tingginya darjatmu dapat beramal soleh dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu”. Orang-orang yang soleh akan berkata: “Semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allahlah yang memberi taufik kepadaku untuk dapat mengerjakan amal yang di redoi dan memberikan ganjaran yang besar dengan kurnia-Nya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyak nikmat Allah kepadaku, disamping dosa yang banyak yang aku kerjakan”.

KEENAM kebijaksanan kurniaan Allah
Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut sebelumnya. Dan tidak akan dapat menyedarinya kecuali orang yang hidup fikirannya. Syaitan berkata dengan mendesuskan di hati manusia: “Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr (rahsia), jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah yang akan menzahirkan amalmu terhadap manusia, dan akan mengatakan bahwa engkau adalah hamba Allah yang Ikhlas”. Syaitan mencampurbaurkan terhadap setiap orang yang beramal dengan tipu dayanya yang halus sekali. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sebagian dari penyakit riya.

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah menolak ajakan syaitan ini dengan mengatakan : “Hai mal’un (yang dilaknat) tiada henti-hentinya engkau menggodaku untuk merosakkan amalku dengan pelbagai jalan. Dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu adalah untuk merosakkannya. Aku ini adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikan aku. Kalau Allah berkehendak menzahirkan amalku atau menyembunyikannya, kemudian menjadikan aku mulia atau hina, itu adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak, kerana itu bukanlah urusanku”.

KETUJUH Islamic Family
Setelah gagal dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan: “Hai manusia tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana sejak zaman Azali Allah telah menentukan manusia. Apabila engkau ditentukan sebagai orang yang bahagia, maka tidak akan menjadi mudharat apa-apa kalau engkau meninggalkannya, dan engkau tetap akan menjadi orang yang bahagia. Sebaliknya apabila engkau telah ditentukan sebagai orang yang celaka, maka tiada gunanya engkau beramal, karena engkau tetap akan celaka”.

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak godaan ini dengan mengatakan: “Aku ini seorang hamba yang mempunyai kewajiban menuruti perintah Tuhan. Tuhan Maha Mengetahui. Ia menetapkan kehendakNya. Dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang berbahagia, maka aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala. Dan jika aku dijadikan orang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan. Jika sekiranya aku dimasukkan ke neraka padahal aku taat, maka aku lebih senang daripada aku dimasukkan neraka kerana maksiat. Tetapi lain keadaannya kerana janji Allah pasti ditepati dan firman-Nya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepada-Nya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah tidak akan dimasukkan ke neraka dan pasti dimasukkan ke Surga. Masuknya seseorang ke Syurga bukanlah  kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah
semata yang pasti ditepati dan suci”.

Sama-sama kita renung-renungkannya…

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    May 2009
    M T W T F S S
        Jun »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,478 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)