Amal ke tak amal

Dewasa ini kebanjiran mahasiswa di universiti bukanlah satu perkara yang aneh apabila golongan-golongan yang dikira sebagai remaja ini semakin bijak dan pandai dalam membuat penilaian masa depan mereka. Semakin tinggi syarat kemasukan ke universiti, semakin ramai pula mereka yang dapat mendaftar. Ini menujukan budaya ilmu yang sudah lama bertapak di Malaysia ini semakin lama semakin diambil berat akan penekanannya oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. 

Akan tetapi, budaya ilmu ini hanyalah dilihat sebagai satu jalan untuk mendapat ganjaran di dunia sahaja, dan  tidak diaplikasikan untuk kesenangan dan kejayaan di hari pembalasan kelak. Apa tidaknya, jika kita telili sedalam-dalamnya kepada  mahasiswa-mahasiswa yang sedang berada di menara gading sekarang. Kita boleh melihat keputusan peperiksaan mereka yang amat baik sekali. Akan tetapi, adakah apa yang mereka belajar itu untuk ilmu yang kekal atau sekadar untuk cemerlang dalam peperiksan sahaja?

Saya lontarkan persoalan ini kepada semua mahasiswa/i di seluruh negara.

Sebagai contoh, mari kita melihat kepada permakaian mahasiswa/i pada zaman yang dikira zaman globalisasi ini. Adakah pakaian yang mereka pakai  ini menepati syariat yang telah ditetapkan oleh islam? Adakah agama Islam itu hanya sekadar nama atau sebagai penghalang untuk mereka bebas? Islam agama yang  menyeluruh. Segala perintah yang diterangkan dalam Al-Quran adalah perkara yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

Apa yang kita boleh lihat sekarang adalah mereka  yang menuntut agama tu sendiri yang mempelopori pemakaian yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama Islam itu sendiri. Mereka ini telah arif tentang batas-batas aurat. Tahu mana tempat yang boleh dibuka dan mana tempat yang amat perlu ditutup. Akan tetapi, mana yang dilarang itulah yang amat gemar dibuka untuk pemerhatian ramai. Sebagai  contoh, tudung. Pemakaian tudung adalah keperluan wanita yang paling penting bagi menutup mahkota mereka yang paling berharga. Akan tetapi, adakah mereka ini memakai tudung untuk menjaga mahkota mereka atau pum sekadar menurut perintah undang-undang dunia sahaja. 

Ayuh kita buat perbandingan. Jika kita sekalian diberi pilihan antara sebuah jam yang diletak diluar dan sebuah jam yang masih dalam bungkusan, yang mana kita akan pilih? Secara peribadinya tentulah majoriti daripada kita akan memilih jam yang masih berbungkus. Kalau ditanya sebabnya, tentulah kerana kualiti dan keadaannya masih baik dan elok. Sebab itulah juga harganya agak mahal berbanding yang diletakkan di luar begitu sahaja.

Begitulah perumpamaan yang boleh kita bandingkan  dengan mahal dan berharganya  mahkota seseorang wanita itu.

Oleh itu, buat semua mahasiswa/i selagi kita mampu untuk mengawal mahalnya harga diri kita ini, jagalah dengan sebaik-baiknya. Jadikan segala ilmu yang dipelajari itu sentiasa berada di dalam dada dan diamalkan. Semoga segala usaha murni dan perubahan mendapat keberkatan olehNYA.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pena Penulis

  • Coretan Pena

    Assalamualaikum WBT
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Selamat Datang
    Welcome
    أهلا وسهلا ومرحبابكم
    Ke laman Rasmi Blog
    KHAIRUL ASYRAF MOHD NATHIR
    خير الأشرف محمد ناصر
    阿斯拉夫
    Sila klik View My Complete Profile

  • Panduan

  • Calender

    May 2009
    M T W T F S S
        Jun »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • galeri

  • Pelawat

    • 7,435 hits
  • Renungan

    "Wahai TuhanKu, Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan Amal Soleh yang Engkau Redhai dan masukkanlah aku(dengan limpahan rahmatMU) dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
  • Tazkirah

    "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkanya terasalah dia akan kemanisan iman:
    1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
    2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana Allah.
    3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Rehlah Minda

    Imam Ghazali rhm Berkata:
    Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-NYA, maka dia adalah pendusta.

  • KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN

    Engkau tidak sesekali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum engkau mendermakan sebahagian daripada apa yang engkau sayangi
    (Ali Imran: 92)

  • Surah An-Nisa’

    ما أصابك من حسنة فمن الله وما
    أصابك من سيئة فمن نفسك

  • Peringatan

    "Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ' Ya Rabbaku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat.' Allah berfirman:'Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini pum kamu dilupakan.
    (Taha: 126)

  • Info

    Sebenarnya manusia berada di dalam suatu pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan, kelemahan dan kekuatan. Oleh itu, janganlah terpesona kerana bernasib baik dan janganlah berputus asa sekiranya bernasib buruk
    (Ahmad Syalabi)