
Kupasan yang betul-betul menusuk jiwa semua hadirin dan hadirat, siswa siswi dalam program siapa soleh dapat solehah 2 yang dianjurkan oleh mahasiswa FEM tahun 4 semperna iCEPS 2010. Memang benar sekali, siapa yang soleh itu, Allah telah tetapkan untuknya mendapat seorang yang solehah dan begitulah sebaliknya.
Beberapa ciri-ciri yang penting telah digariskan dengan jelas oleh ahli panel yang didatangi khas dari FSU, FPQS dan FKP. Suasana dewan yang sejuk dan bilangan kaum adam yang teramat sedikit menunjukkan bahawa pencarian soleh untuk solehah tidaklah sesukar solehah mencari si soleh itu.
Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w. ia bersabda: ” Kepadaku diberikan tiga idaman oleh Allah di dunia: Isteri Solehah, berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang” (Riwayat Ahmad dan An Nasai)
Hanya Soleh Mengenal Solehah. Jangan Harap Mengenal Manikam Jika Kita Bukan Jauharinya.
Terlalu banyak kriteria solehah yag menjadi penanda aras. Secara asasnya, ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat, taat ibubapa, berakhlak, tutp aurat, pandai mengaji, rajin berpuasa sunat dan lain-lain. Jika demikain, mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat semacam itu. Jika melihat kepada senario di USIM sendiri, masih ramai solehah yang boleh dijadikan panduan sebagai pilihan utama teman hidup seseorang soleh itu. Disinilah permata-permata asli yang masih lagi menyinarkan cahayanya disebalik kegelapan yang semakin menyelubungi disekeliling kita.
” Perempuan -perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik.” (An-Nur :26)
Kesimpulanya, saya petik dari buku tentang cinta hasil penulisan Pahrol Mohd Juoi yang merumuskan bahawa:
Jika calon yang dicari adalah yang “terbaik” maka selepas berkahwin apa yang kelihatan hanyalah kekurangan (Kita dah pilih yang terbaik maka kita ‘expert’ semua daripadanya adalh yang terbaik). Tetapi jika kita memilih yang baik (berpotensi menjadi terbaik) maka kita akan bersifat realistik. Kekurangannya kita raikan. Lantas jadilah kita dan dia saling melengkapi antara satu sama lain dan disitulah terbentuknya pasangan terbaik.
Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dengan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih kepada sikap berhati-hati. Jangan terlalu cepat, hingga tersadung. Jangan pula terlalu perlahan hinda terlambat.
Sekian…fikir-fikirkanlah….
2 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI


salam~
sesungguhnya, nak dapatkan yang terbaik, kita mesti kena jadi yang terbaik. jangan mengharap yang baik, tapi, diri masih di level rendah dalam peringkat pembaikan…
apa-apa pun, fikirkan untuk anak-anak.
jika mahu anak yg baik, parents pun sama, kena baik.
sama-sama membaikkan diri.. =p
*musim winter=musim kahwin di Kaherah…
ooo, gen6 asyik kahwin saja,
gen7 tertunggu-tunggu…haha
adik tersayang
universitas Kairo, tahun 3
salam…tahniah dan syabas kerana usim berjaya membentuk ramai putera dan puteri yang soleh dan solehah…semoga mereka dapat membawa sinar baru untuk Islam…Hayatilah sajak di bawah ini…
LELAKI ACUAN AL-QURAN
Lelaki acuan al-Quran,
Basah lidahnya mengingat Tuhan,
Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan.
Lelaki acuan al-Quran,
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan,
Al-Quran dan Sunnah jadi panduan,
Akhlak Nabi jadi ikutan,
Lelaki acuan al-Quran,
Hidup matinya kerana Tuhan,
Dialah lelaki acuan al-Quran,
Jadi teladan sepanjang zaman,
Jadi teman di perjalanan…..