Debaran para calon-calon yang bertanding pada PRK USIM bagi sesi pemilihan barisan kepimpinan MPP sesi 2009/2010 sudah berakhir. Keputusan penuh bagi semua pemenang kerusi fakulti dan umum telah diumumkan secara rasmi oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Muda kira-kira jam 6.15 petang semalam.
Sebagai mana tahun-tahun lepas, sebanyak 24 kerusi dipertandingkan yang melibatkan kerusi UMUM dan FAKULTI. Semua calon yang dianggap pilihan untuk memenangi PRK ini telah membuktikan sokongan pelajar-pelajar USIM masih lagi berpihak kepada mereka. Buat mereka yang tidak berjaya, jangan sesekali berputus asa, kerana setiap manusia mempunyai tugas penting dalam memikul amanah iaitu sebagai seorang pemimpin yang memimpin diri mereka sendiri. kepada semua MPP sesi 09/10 selamat berjuang dan bertugas sebagai pemimpin pelajar di USIM.
_____________________________________________________________________________________________________________
Untuk seketika, diriku terasa amat bangga kerana daripada 5 orang adik beradik angkatku yang bertanding pada kali ini memenangi PRK ini. tahniah kepada Sumaiyah, Zeta, fakhruddin dan juga adik nakal Baari. Teruskan momemtom perjuangan anda.
Ingatlah, jawatan itu satu amanah, pada hari akhirat kelak ianya akan jadi satu penyesalan bagi meraka yang tidak menunaikan tangungjawab itu dengan cara yang hak. Pepatah arab sering kita dengari bahawa, sesungguhnya kapal tidak akan dapat berlayar di daratan. Walaubagaimanapum, perkata ini telah dibuktikan oleh Sultan Mohammad Al-Fatih apabila beliau berjaya melayarkan 70 buah kapal hanya dalam satu malam sahaja. Inilah satu contoh pemimpin Islam yang ingin melakukan perubahan tanpa mempedulikan sekatan-sekatan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Bukan senang ingin mencipta kejayaan, tapi kejayaan itu akan datang dengan ciptaan yang kita usahakan.
Salam perjuangan dari Mantan Exco Kebajikan MPP sesi 2008/2009 untuk semua kepimpinan baru MPP sesi 2009/2010.
Leave a Comment
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI

