Disebalik kejayaan seseorang itu,ada ramai lagi orang yang menjadi pendorong dalam membantu untuk mengecapi kejayaan tersebut. Disebalik suami di rumah, ada isterinya yang membantu. Begitulah andaian yang boleh dibuat apabila kejayaan seseorang itu diungkaikan dengan penghargaan yang diberikan.
Terasa terlalu keldil diri ini untuk menerima penghargaan sebegini. YDP MPP sesi 08/09 selalu memberi gurauan yang nyata terbukti pada hari ini.“biarlah kita menjadi orang biasa asalkan kita dapat mendidik dan berkongsi dengan sahabat-sahabat bakal hebat suatu hari nanti, jangan lupa sahabat-sahabat lain bila sudah berjaya”
Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Kita selalu melihat cara kepimpinan seorang pemimpin diluar sana. Tidak kiralah mereka itu pemimpin mahasiswa ataupum pemimpin negara tugas untuk memimpin itu bukanlah satu tugas senang. Kerana jawatan itu adalah satu amanah. Dan pada Hari Akhirat nanti, kita akan disoal, adalah amanah yang kita pikul ini sudah di selesaikan ataupum belum.
Malam ini merupakan meeting terakhir MPP 08/09 sebelum kami dibubarkan pada 13 Januari ini. Malam ini jugalah merupakan malam muhasabah diri yang terakhir buat pemimpin-pemimpin yang akan terus mengegar dunia ini. Semangat Sultan Muhammad Al-Fatih sentiasa berkobar-kobar didalam diri kami. Rasullulah pernah berkata, suatu hari nanti kota Constantinople akan berada ditangan orang Islam. Tempoh 800 tahun daripada apa yang diperkatakan oeh Rasullah itu merupakan tempoh yang amat jauh. Jarak masa itu merupakan satu harapan kepada perkara yang mustahil akan berlaku. Tapi ianya tetap berlaku dengan kuasa yang Maha Esa.
Pepatah arab ada mengatakan bahawa” Kapal tidak akan berlayar di daratan”. Tapi ungkapan ini telah dibuktikan tidak sahih oleh sultan Muhammad Al-Fatih yang mana ketika bermulanya pembukaan kota Constantinople, beliau telah berjaya melayarkan 70 buah kapal ditas puncak bukit sepanjang 5 Km. Jika difikirkan logik akal manusia, tidak akan ada seorang pemimpin yang boleh berfikiran sedemikian seperti itu kecuali sultan Muhammad Al-Fatih.
Inilah kejayaan yang benar-benar hasil usaha seorang pemimpin Islam dengan bantuan dari Allah SWT. Kejayaan ini jugalah yang menjadi aspirasi kepada mpp usim 08/09 ini untuk terus melakukan perubahan yang telah dirancang. Walaupun tidak berupaya untuk mengubah orang lain, akan tetapi diri ini telah berjaya berubah, dan itulah sebaik-baik perubahan yang dilaksanakan.
Akhir kalam, pemimpin ibarat sepasang sayap yang sedang terbang. Semakin lama semakin tinggi dari bumi. Akan tetapi, jika sayap ini patah, dan ketika itu jugalah tiada kebijaksanaan yang timbul, maka pada ketika inilah, manusia-manusia akan melihat kita sebagai pemimpin yang tidak berkaliber dalam kepimpinannya. Jika tidak mempunyai kepandaian untuk mengubatinya, maka begitulah keadaan pemimpin tersebut.
1 Comment(s)
Comments RSS TrackBack Identifier URI


Syabas kepada seluruh mantan MPP USIM 2008/2009 kerana anda semua telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah sebaik mungkin…..teruskan perjuangan untuk Islam walau dengan apa cara sekalipun…