Keadaan suasana pagi rabu yang segar dan nyaman ini sungguh indah. Hebat ciptaan Allah Taala. Aku masih di bumi Allah. Masih lagi dapat menghirup udara segar di kawasan Nilai ini selepas kembalinya aku dari kampung halaman 2 hari yang lalu. Masih lagi bernyawa. Alhamdullilah.
Seketika kemudian, aku meneliti video ceramah yang banyak terdapat dalam laptopku. Aku klik pada kuliah jumaat dan terus media playerku memulakan tayangan video tersebut. Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh Tok Guru pada 2 bulan yang lepas.
Dalam masa yang sama terlintas di fikiranku, Blog rakan-rakan sekelasku…

Macam mana agaknya? desik hati kecilku…
Aku mula membuka satu persatu laman blog yang masih segar dalam ingatanku alamatnya.
“Alhamdulillah”…hidup lagi blog rakan-rakan ku ini..
Blog merupakan salah satu assignment yan mesti diselesaikan sebelum tamat sesi pembelajaran semesta lepas. Bukan semua blog yang selalu di Update, tapi point nya disini kesungguhan mereka ini untuk mencoret sesuatu dalam laman dakwah siber ini menyebabkan aku merasa amat bangga dengan mereka semua.
Tergelak hati kecilku membaca nukilan rakan-rakan ku ini…Lada oh lada, kisah dari bumi ibrid, dan banyak lagi termasuklah fakta-fakta penting yang di post kan untuk dikongsi bersama.
Tahniah buat rakan-rakan ku sekalian…Istiqamahlah dengan penulisan ilmiah ini
مع التوفيق والنجاح
3 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI


salam ziarah..tq sudi baca blog y tak sberapa tu..
amboi, sakan update blog sampaikan 1 ari 2 post.
tak larat den nak baca, tp rasa cam tjk blog oh blog iras tjk lada oh lada jer, huhu..
apapun, teruskan update blog, yg baik dikongsi, yg buruk disempadani….
masa free etep…huhu…
ramai org buat blog.
budak kecik pn main blog.
xkesah la.
yg penting tulisan tu,
tanggungjawab penulis lebih besar dlm buat apa yg dia sampaikan.
istiqamah dlm kebenaran.
teori+praktikal. insyaAllah~
p/s : hayati surah al-asr (ringkas dan padat)
++link tu my batch’s blog. sile2 la bukak kalau free.
++doakan aku nk exam. (T_T)