Pada 12 Disember yang lalu, satu wacana perdana telah dianjurkan oleh kerajaan negeri kelantan yang membincangkan Islam di Malaysia, realiti dan harapan, membariskan para ahli penel yang tidak asing lagi dalam politik negara pada masa kini. Wacana perdana ini lebih kepada perdebatan ilmiah diantara dua parti utama di Malaysia iaitu UMNO dan PAS yang diadakan di Kelantan Trade Center Kota Bharu Kelantan.

Antara ahli panel yag terlibat adalah, YB Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Asri Zainal Abidin, Dato’ Hj Nakhaie Ahmad dan Ustaz Afandi Yusoff. Juga Moderator wacana perdana pada kali iaitu seorang yang tidak asing lagi, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof yang juga merupakan moderator bagi rancangan HUJAH di TV9.
Perbincangan dan perdebatan ini melibatkan beberapa isu panas yang sedang melanda politik dan agama Islam di Malaysia ini. Antaranya ialah, isu wahabi dan mazhab, hudud, isu kafir mengkafir yang ditimbulkan kembali dan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu Royalti Minyak Kelantan.
Apabila bertemunya dua kuasa politik negara iaitu PAS dan UMNO, perdebatan semakin hangat dengan hujah-hujah yang banyak melibatkan Islam yang mana lebih baik. Ini ditimbulkan oleh Ustaz Afandi yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang yang mana Islam di Malaysia ini, UMNO lebih baik ataupun PAS yang lebih Baik. Merujuk kepada hujah yang diberikan oleh Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, dalam menegakkan negara Islam kita tidak boleh tengok kepada PAS, UMNO, KEADILAN dan sebagainya, akan tetapi kita mesti melihat kepada golongan mana yang lebih cenderung atau siapakah yang menunjukan kesungguhan yang lebih dalam menerapkan Islam itu sebagai unsur-unsur penting dalam negara.
Dalam pada itu, Ustaz Afandi juga mencabar PAS untuk membawa usul Undang-undang HUDUD kedalam parlimen. Menjawab soalan itu, YB Dato’ Nik Amar berkata untuk membawa satu rang undang-undang baru di dalam parlimen personal bil mestilah mendapat sokongan dari menteri, dan apabila menteri memberi laluan, barulah sesuatu rang undang-undang baru itu boleh dibentang.
Merujuk kepada isu Royalti Minyak dikelantan pula, Dato’ Nakhaie berhujah bahawa, kenapa kita menyusahkan untuk memberi hak kepada orang Islam. Pemimpin kerajaan daripada orang Islam, pemimpin Kelantan pun orang Islam, rakyat Kelantan pun majoriti orang Islam, jadi kenapa kita menyusahkan untuk mengemukakan pelbagai-bagai hujah untuk menolak hal berkenaan. Jika hak Royalti itu adalah hak kelantan, bagilah hak itu dengan sempurna. Dari sudut pentadbiran jangan dipersoalkan siapa yang memerintah kerana itu soal ketelusan sesuatu kerajaan.
Menurut ustaz Afandi pula Kerajaan pusat mengunakan undang-undang yang betul dalam hak royalti ini, dan menurutnya lagi, jika kerajaan kelantan tidak berpuas hati, bolehlah mengemukan hal ini di Makamah. Dalam pada itu, YB Husam Musa berkata mahkamah yang paling adil ialah mahkamah rakyat. Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang sebenarnya berhak mendapat hak minyak tersebut.
Soalan sama juga telah diajukan oleh peserta kursus asas kepimpinan Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) pada keesokkan harinya apabila ustaz Afandi dijemput untuk berkongsi ilmu berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia khususnya isu royalti minyak Kelantan ini. Soalan yang bertubi-tubi ditanya sehingga jawapan yang diberi mengelirukan peserta dan ahli HIMSAK yang hadir. Antara soalan panas yang diajukan ialah, Kenapa ada pemimpin UMNO sendiri mahu Royalti Minyak diberikan kepada Kelantan, merujuk kepada Tan Sri Tengku Ghazali Hamzah, Bekas Pengerusi Petronas dan kenapa apabila UMNO kembali memerintah Terengganu, hak Royalti diberikan semula.
Secara kesimpulannya, wacana perdana, diskusi ilmu serta perdebatan seperti inimerupakan medan terbaik yang dapat membuka mata masyarakat khususnya mahasiswa agar dapat menilai yang mana lebih baik dari kaca mata mereka.
Leave a Comment
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI

