Perkongsian ini merupakan satu kisah benar yang berlaku kepada 2 pemimpin baru yang sedang membawa darah kepimpinannya. Sebelum itu, beberapa persoalan yang timbul ini, berkemunkinan besar dapat menerjah pemikiran kita tentang tahap penilaian sebenar kita terhadap seorang pemimpin
Adakah wajar seorang pemimpin itu berebut sesuatu jawatan?
Adakah seseorang pemimpin itu boleh digelar pemimpin yang terbaik jika mana berjanji tidak ditepati?
Melihatkan reaksi bos syarikat itu, sudah diduga, dia memang tidak setuju dengan perlantikan seorang pegawai baru sebagai pengurus di suatu bahagaian di syarikat itu. Puncanya bermula apabila pegawai muda itu yang dihantar khas untuk menjadi pengurus cuba untuk mempertahankan jawatan yang bakal disandangnya. Bukan gila kuasa, tp syarikat dan rakyat memerlukannya. Ditambah pula beberapa pengurus lain yang juga baru dilantik membantah jawatan yang disandang itu. Mengapa semua orang tidak menyukainya untuk menyandang jawatan itu? Adakah dia tidak layak? Timbulnya persoalan baru, kenapa tiba-tiba bos syarikat itu menamakan seseorang yang memang baru dan tiada pengalaman untuk menyandang jawatan pengurus itu?layak kah dia?tapi Mengapa?
Merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, pegawai malang itu terus mempertahankan jawatan tersebut. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan jawatan itu dan pihak pengurus besar telah memberikan satu tender baru kepadanya. Akan tetapi bos syarikatnya itu masih lagi tidak berpuas hati lagi terhadapnya. Masa terus berlalu, situasi terus meruncing. Bos syarikat itu terus bermasam muka tanpa sebab. Pengurus baru terus bersabar dan sedang berada dilandasan yang akan meletakkanya terbaik dimata pengurus besarnya…
Sedikit perkongsian yang munkin boleh difikirkan terbaik untuk semua yang bakal menjadi seorang pemimpin..



